Saya bagi pihak sidang pengarang webreformis dot com ingin mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua maaf zahir dan batin.
Kepada reformis dan pejuang kebenaran
Kami doakan agar perjuangan anda mendapat restu dan keberkatan Illahi.
Kejayaan perjuangan yang diyakini benar ini akan sentiasa diberi kemenangan oleh
Allah. Tidak ada kerugian dan tidak ada yang kurang bahkan bekalan untuk
mengadap Allah swt. akan bertambah. Sesungguhnya jihad dan mati di Jalan Allah
adalah cita-cita tertinggi seseorang muslim yang bertaqwa. Seseorang mujahid
berkorban masa, tenaga, keringat, wang dan sebagainya atas niat berjuang di
Jalan Allah, untuk mencari keredaanNya. Inilah yang membedakan pejuang kebenaran
dengan pelakun-pelakun 'Mak Yong kabinat firaun tua'.
Kepada para Webmaster
Marilah kita tingkatkan lagi jihad dialam cyber ini, mari kita bongkar dan
dedahkan segala salah laku, kita gerakkan massa kerah pusingan akhir ini, update
3, 4 kali sehari, biar maklumat pantas sampai, kita telah tiba dititik akhir
perjuangan, sebelum kita mulakan buku yang baru pula. Para wembaster yang
berkorban masa, tenaga dan wang ringgit kerana perjuangan ini, semoga Allah
membalasnya dengan ganjarannya setimpal dengan budi baik kalian demi reformasi
satu perjuangan ini.
Kepada Polis, FRU dan SB
Lakukanlah cermin diri dan nilailah diri sendiri. Jika sikap dan tindakan tidak
bertentangan dengan Al-Quran, Alhamdulillah jawabnya. Andaikata ianya
bertentangan dan banyak kezaliman dan dosa telah dilakukan, maka bertaubatlah.
Lakukan taubat dengan sesungguh penyesalan dengan usaha tidak akan melakukan
dosa itu lagi. Apa erti berpuasa dan menyambut Hari Raya sedangkan latihan dan
tuntutan Eidul Fitri cuma bermain di bibir dan bukan di hati nurani! Selamatkan
lah Negara dan Anak Bangsa Agama kita!
Kepada firaun tua dan kroninya
Ingatlah Allah Maha Besar dan Maha Kuasa. Lebih berkuasa dari MahaZalim.
Bertaubatlah dan jangan teruskan fitnah, pengainayaan yang hanya memalukan diri
sendiri dengan tempelak dari Allah yang berterusan kepada anda. Renungilah
kejadia rakyat bangkit, saksi yang 'makan diri', sokongan rakyat dan ahli UMNO
yang kian tipis dan sebagainya. Adakah anda merasa bahagia selepas anda memecat
Anwar? Apakah anda pernah berfikir bahawa anda harap kejadian ini cuma mimpi
buruk yang bukan saja telah memusnahkan sokongan rakyat kepada anda tetapi
persepsi Dunia, Dunia Islam dan pemimpin-pemimpin Dunia, ulama', keluarga yang
porak peranda, pertubuhan-pertubuhan kepada anda? Anwar Ibrahi yang tenang,
samada dia di dapati bersalah atau tidak akan terus mendapat nikmat dari Allah
yang anda sendiri tidak merasainya. Anda memenjarakannya, tetapi yang Anwar
perolehi bukannya ketakutan kepada anda tetapi ketenangan dan ketaqwaan kepada
Allah yang anda tidak miliki. Ternyata anda yang kerugian di sini dalam serba
serbi kerana harta dan kedudukan sudah tidak bermakna tanpa ketenangan dan
kebahagiaan.
Kepada kak Wan dan keluaga
Kami mengucapkan selamat Hari Raya, bersabarlah kerana pertolongan Allah itu
hampir bagi mereka yang bertaqwa. Teruskan perjuangan dengan penuh hikmah dan
sentiasalah memohon pertolongan dari Allah.
Kepada kanda Anwar
Kami sentiasa bersama dalam menegakkan kebenaran dan keadilan semoga Allah akan
memberi balasan yang baik dengan kesabaran dalam mengharungi dugaan dan cabaran.
Reformasi akan sentiasa hidup dalam jiwa pejuang-penjuang kebenaran. Ingatlah,
"benih yang baik akan sentiasa tumbuh walaupun di mana jua ia berada. Apabila ia
menjadi pokok, ia akan menjadi tempat berlindung kepada semua di sekelilingnya."
Kepada rakyat sekelian
Semoga Allah menyelamatkan kita dari malapetaka yang menimpa negara kita. Kita
perlu kembali kepada Al-Quran dan Sunnah dalam segala tindak-tanduk kita. Kita
perlu memikirkan masa depan generasi kita dan setiap kesejahteraan yang kita
harapkan memerlukan usaha dan pengorbanan. Tanpa pengorbanan maka terbantutlah
perjuangan.
Akhir kata, marilah kita beramai-ramai menziarahi Sdr. Anwar di HUKL pada
1.1.2001.
ayat@freeanwar.com
www.webreformis.com